Pengalaman Memakai Braces.

Pengalaman Memakai Pendakap Gigi (Braces) 

Bahagian 1

Pada mulanya, aku tak pernah terfikir langsung untuk memakai braces memandangkan pada ketika itu aku berasa selesa dengan keadaan gigi aku. Aku tidaklah jongang yang biasa itu, cuma keadaan rahang bawah aku sedikit ke depan kerana mewarisinya daripada ayahku dan juga opahku; genetik. Tidaklah teruk pun, cuma bahagian gigitan aku tidak sama seperti orang lain. Berdasarkan penjelasan dari emakku mengatakan bahawa cara gigitan aku yang salah, iaitu gigitan crossbite/underbite. Sukar untuk diterangkan, jadi aku akan letak contoh gambar untuk menunjukkan keadaan gigi dan rahang tersebut.

Rajah 1: Contoh ilustrasi keadaan rahang normal dan tertonjol (sumber dari Google)

Berdasarkan Rajah 1 di atas, aku mengalami struktur rahang bawah yang tertonjol. Apabila rakan-rakan bertanya kepada aku, 'Mengapa kau memakai braces?', aku perlu menjelaskan dengan panjang lebar kerana ketika itu aku tidak tahu istilah yang sesuai untuk menggambarkan struktur gigi dan rahang tersebut. Jadi, kepada pembaca yang mengalami situasi sama seperti aku, jawapan yang paling tepat adalah mempunyai gigitan cross-bite. Dari sudut yang berbeza pula, manusia yang memiliki jenis rahang bawah tertonjol ini akan mempunyai struktur dagu yang panjang. Sebagai rujukan tambahan, boleh klik di sini:  https://www.healthline.com/health/crossbite#issues-and-concerns

Untuk makluman, keseluruhan penulisan yang akan aku kongsikan di bawah ini adalah selepas aku selesai menamatkan rawatan memakai braces. Jadi, aku akan cuba kongsikan beberapa perkara berdasarkan pengalaman aku. Mungkin berbeza dengan orang lain, kerana setiap manusia itu menempuhi perjalanan yang tidak sama dan semestinya dipenuhi dengan warna-warni kehidupan.

Bahagian 2

Tempoh aku memakai braces mengambil masa selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2013 - 2018. Lama bukan? Ini kerana, ketika aku berada dalam tempoh rawatan braces ini, aku masih bersekolah. Ketika itu juga, keadaan rahang aku masih membesar dan bergerak. Jadi, rawatan tersebut perlu dipanjangkan untuk melihat kadar maksimum pertumbuhan gigi dan rahang aku. Aku memulakan rawatan braces ini pada pertengahan tahun 2012, iaitu semasa aku berumur 12 tahun. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah pergi ke klinik gigi kerajaan untuk melakukan checkup keadaan gigi. Selepas itu, doktor klinik gigi tersebut akan mengeluarkan surat refer kepada pihak pakar yang membuat rawatan orthodontik. Pada situasi aku, klinik gigi berdekatan dengan rumah aku tidak melaksanakan rawatan memakai braces. Jadi, disebabkan itulah aku perlu mendapatkan surat refer supaya dapat meneruskan rawatan braces ini di klinik kerajaan yang lebih besar. Tempat yang bakal aku terima rawatan braces adalah di Klinik Kesihatan Taiping. Teman orang Perak, kejor yeop kejor >_<.

Pertama kalinya aku menjejakkan kaki di klinik tersebut, aku ditemani oleh emak dan ayahku bagi janji temu (appointment) untuk memasang braces. Suka untuk aku ingatkan, bahawa aku memakai braces di bawah tanggungan kerajaan kerana aku mendapatkan rawatan semasa bersekolah. Baiklah, kembali semula kepada topik penceritaan. Ketika janji temu yang pertama ini, braces tidak dipasang terus. Malahan, doktor pakar menyuruhku mencabut dua batang gigi terlebih dahulu di klinik gigi berdekatan rumahku. Jadi, pada aku perjumpaan yang pertama ini hanya memfokuskan kepada pemeriksaan gigi secara menyeluruh dan beberapa perkongsian berkaitan pemakaian braces oleh doktor pakar.

Setelah selesai mencabut dua batang gigi, aku pun pergi untuk janji temu yang kedua. Pengorbanan emakku pada ketika ini memang tidak disangkal lagi. Emak sanggup naik bas 'wetong' semata untuk menemaniku mendapatkan rawatan braces.


09 September 2013 - 14 Februari 2018


Last appointment braces 25 Mac 2018.

Comments

Popular posts from this blog

Berjaya atau Gagal.