Posts

Showing posts from August, 2020

Pengalaman Memakai Braces.

Image
Pengalaman Memakai Pendakap Gigi (Braces)  Bahagian 1 Pada mulanya, aku tak pernah terfikir langsung untuk memakai braces memandangkan pada ketika itu aku berasa selesa dengan keadaan gigi aku. Aku tidaklah jongang yang biasa itu, cuma keadaan rahang bawah aku sedikit ke depan kerana mewarisinya daripada ayahku dan juga opahku; genetik. Tidaklah teruk pun, cuma bahagian gigitan aku tidak sama seperti orang lain. Berdasarkan penjelasan dari emakku mengatakan bahawa cara gigitan aku yang salah, iaitu gigitan crossbite/underbite . Sukar untuk diterangkan, jadi aku akan letak contoh gambar untuk menunjukkan keadaan gigi dan rahang tersebut. Rajah 1: Contoh ilustrasi keadaan rahang normal dan tertonjol (sumber dari Google) Berdasarkan Rajah 1 di atas, aku mengalami struktur rahang bawah yang tertonjol. Apabila rakan-rakan bertanya kepada aku, 'Mengapa kau memakai braces?', aku perlu menjelaskan dengan panjang lebar kerana ketika itu aku tidak tahu istilah yang sesuai untuk menggam...

Berjaya atau Gagal.

Image
Salam perkenalan, Ini merupakan hasil coretan pertama aku. Penulisan ini dihasilkan bertujuan  untuk memenuhi hobi baru aku iaitu, menulis. Aku tidak pasti tentang hobi ini - kekal atau sementara kerana ia hanyalah untuk mengisi kebosanan aku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penyebaran virus Covid-19. Fokus aku dalam menulis blog ini adalah lebih menjurus kepada perkara personal berkaitan diri aku yang meliputi luahan perasaan, perkongsian pendapat, pengalaman hidup atau ringkasnya - boleh dikatakan sebagai catatan tentang kehidupan. Perjalanan ini bermula dengan coretan berikut; Dari kecil hingga ke besar manusia sudah lali dengan norma peperiksaan. Bermula dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah zaman universiti manusia masih setia dengan sistem ini. Tidak dinafikan bahawa sistem peperiksaan kadang-kala membuatkan diri ini terkapai-kapai mencari kebenaran dalam membuka tali-tali yang tersimpul di kotak ingatan. Inilah corak pen...