Pengalaman Memakai Braces.
Pengalaman Memakai Pendakap Gigi (Braces) Bahagian 1 Pada mulanya, aku tak pernah terfikir langsung untuk memakai braces memandangkan pada ketika itu aku berasa selesa dengan keadaan gigi aku. Aku tidaklah jongang yang biasa itu, cuma keadaan rahang bawah aku sedikit ke depan kerana mewarisinya daripada ayahku dan juga opahku; genetik. Tidaklah teruk pun, cuma bahagian gigitan aku tidak sama seperti orang lain. Berdasarkan penjelasan dari emakku mengatakan bahawa cara gigitan aku yang salah, iaitu gigitan crossbite/underbite . Sukar untuk diterangkan, jadi aku akan letak contoh gambar untuk menunjukkan keadaan gigi dan rahang tersebut. Rajah 1: Contoh ilustrasi keadaan rahang normal dan tertonjol (sumber dari Google) Berdasarkan Rajah 1 di atas, aku mengalami struktur rahang bawah yang tertonjol. Apabila rakan-rakan bertanya kepada aku, 'Mengapa kau memakai braces?', aku perlu menjelaskan dengan panjang lebar kerana ketika itu aku tidak tahu istilah yang sesuai untuk menggam...